Yang Sayang Aku

Saturday, December 26, 2009

Tak Tahan La, Sakit Sangat!


balik dari majlis hari lahir Tqa di rumahnya di Pandan Mewah,
aku terus tidur
tapi sebelum tu, sempat blogwalking untuk balas komen di blog teman bloggers.
aku rasa sebelum aku tidur tadi,
aku sempat mengerling jam di laptopku.
"1.45 AM".


"3.20 AM"
aku baru terjaga.
badanku berpeluh.
aku lajukan kelajuan kipas dari 3 ke 5.
aku lebih selesa memasang kipas dengan kadar sederhana
sebab aku bukanlah jenis yang kuat berpeluh.

tambahan pula,
sekarang aku rasa panas badan.
kalau boleh nak tutup kipas.
kipas dah pun berkelajuan 5.
tapi peluh di leherku tetap tak kering.
mungkin sebab laptopku yang panas.
atau memang cuaca ketika ini memang panas.
angin kipas pun aku rasa panas saja.

"ouchhhh!"
aku sentuh kedua-dua pipiku.
gusi aku makin berdenyut-denyut.
cuba bandingkan antara pipi kanan dan kiri.
kali ni benar-benar rasa pipi kiriku seolah-olah ditumbuk.

di rumah Tqa tadi pun aku dah tak boleh makan banyak.
tak boleh nak nganga luas sangat.
cukup-cukup untuk bagi sudu plastik tu masuk.
nak kunyah pun rasa sakit.

aku rasa gusi aku ni sakit bila aku panas badan saja.
aku ingatkan gigi baru nak tumbuh.
tapi dah hampir dua tahun dah.
gigi tumbuh sikit je.
sakit gusinya yang lebih!

kalau ada sesiapa yang tahu macam mana nak merawat gusi aku ni,
silalah komen di bawah!
tak sanggup dah menahan rasa sakit ni.


notis : aku belum makan apa-apa ubat sejak batuk dan selsema.
jangan suruh aku makan panadol.
sejak aku tahu fakta panadol,
aku takkan ambil panadol sebagai langkah merawat!







esok,
sesiapa yang ke majlis abang Beskot kahwin.
boleh tak tumpangkan aku?
serius ni!
aku tak tahu jalan.
lagipun, aku tiada transport.
aku tak kisah duit minyak.
aku boleh bayar.
kalau sudi, cepat-cepatlah komen aku.

jangan mesej aku.
kalau boleh, terus call!
sebab aku tiada kredit.
ala, nanti claim la dengan aku.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, December 25, 2009

Tiada Apa Yang Mampu Ku Balas.

tak mahu cakap banyak.
air mata dah penuh membasahi pipiku.



aku cuma cakap aku tiada duit
untuk menemaninya membeli tiket di Puduraya.



tapi apa yang aku baru dapat beberapa minit lalu,

nasi berlauk ayam, telur dan sayur
dan
air teh o ais.

sudah cukup mewah untuk santapanku hari ni.
baru tadi aku menjamah maggi untuk alas perut.



terima kasih Syuhada.
semoga perjalanan kamu ke Johor Bahru esok selamat.

aku benar-benar terharu dengan keprihatinanmu.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.