ramai yang bagi positive feedback especially 'Abang Kawie' kesayangan aku.
thanks a lot, guys!
bukan aku nak apa-apa balasan dari Tqa,
(kalau bagi pun takpe..hehehehe)
aku cuma suka support kalau ada member-member aku berniaga.
salah satu sebabnya adalah aku pun suka berniaga.
masa sekolah start form 1 aku berniaga kuih siput nenek aku buat.
satu paket, 50 sen!
masa form 4, aku start berniaga kuih muih dalam kelas.
supplier aku jiran yang buka gerai nasi berlauk pagi-pagi.
ada kuih ketayap, seri muka.
tapi yang paling famous, karipap gulung!
pastu, ada permintaan yang nak nasi berlauk.
sampai cikgu-cikgu pun order!
yang selalu order, cikgu Huzaimi.
cikgu Bahasa Melayu aku.
comel je cikgu ni macam Doraemon.
aku tak nak kata badan dia gemuk sebab bunyi macam kasar!
kalau masuk kelas aku,
ayat pertama dia akan sebut,
"enul, karipap gulung ada?"
kalau aku add member SEMENZA kat MukaBuku,
soalan pertama diorang akan tanya,
"ni enul yang jual karipap gulung tu ke?"
rasa malu gak tapi tu dah jadi trademark aku.
so, aku bangga gak la!

thanks bloggies for your support to her!

aku jadikan gambar clay Tqa sebagai desktop
tanda sokongan moral kat bisnes dia.
************
nak beritahu gak pada kalian semua bahawa aku dah ada
50 followers!
mungkin jumlah tu sedikit berbanding followers yang kalian ada,
tapi ia cukup besar maknanya pada aku.
gaya penulisan aku takde la best pun aku rasa.
sebab aku tak suka karangan.
paling benci kena buat karangan masa sekolah dulu!
sebab tu aku tulis entri kat blog ni short and simple.
ringkas dan padat!
thanks banyak-banyak pada kalian sebab sudi baca blog aku.

terima kasih banyak-banyak gak pada the very silent readers aku.
tak sangka kamu pun suka baca blog aku.
cuma aku tertanya-tanya,
bila kamu nak tonjolkan diri?

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.