pagi semalam,
aku menemani Mr BFF pergi temuduga kerja di Jalan P Ramlee
yang berada berdekatan dengan KLCC.
ramai sangat orang yang datang temuduga.
tapi harap-haraplah Mr BFF berjaya mendapat kerja ni.
boleh duduk satu bumbung dengan Mr BFF.
itu impian kami sejak di kolej lagi!
kami sempat makan KFC.
dah lama tak makan sedap-sedap.
Mr BFF belanja pula tu!
tu yang makin sedap.
tapi yang tak sedap bila perut aku dah mula belajar terima makanan dalam kadar sedikit.
sejak tak berduit ni, perut aku diasuh untuk
tidak menjamah makanan dalam kuantiti dan kekerapan yang banyak.
kalau dulu, setakat dinner plate yang 3 ketul ayam tu aku boleh habiskan sekejap saja.
sekarang, beli snack plate tapi seketul saja makan.
seketul lagi Mr BFF makan.
Mr BFF tak habis-habis dengan ayat dia,
"wah, nanti aku boleh nampak Wanie yang kurus!"
percubaan memakai shawl yang baru dibeli pada hari Jumaat di Jalan TAR.
petang tu juga,
aku keluar dengan teman aku.
dia bukan teman lelaki aku.
tapi dia dah hadir dalam hidup aku lebih dari 3 tahun.
memang istimewa!
cukuplah kalau aku gelarkannya, Mr J.
kami ke Midvalley.
first time naik motor ke sana.
selama ni selalu ke sana dengan kereta bersama Along dan Abang Yo.
3 kali berpusing cari parking motor!
sampai sana,
terpegun tengok banyak teddy bear.
besar-besar pula tu!
geram saja nak peluk!!
tapi malu untuk mengajak Mr J ke sana.
terus ke GSC.
ingat nak buat cinema marathon.
tapi takut terkejar-kejar, so kami decide pilih filem 'Ngangkung'.
mestilah sebab utama adalah Angah Raja Lawak.
walaupun scene dia tak banyak tapi puas hati!
aku minat dia sangat-sangat!!
paling suka scene hantu perempuan tu kena tarik telinga dengan bomoh Lan Pet Pet.
lawak tak hengat!!
inilah Mr J.
masa ni tengah gaduh-gaduh manja.
aku tak tahu kenapa,
aku tak boleh marah dia lama-lama.
mesti nak tergelak!
tengok muka dia pun tiba-tiba nak tergelak.
lagipun, dia memang pandai jaga hati aku.
habis tonton wayang,
kami balik ke Cheras untuk ke pusat karaoke di Bandar Sri Permaisuri.
karaoke sampai habis suara!
aku suka dengar dia nyanyi.
suara serak-serak.
jiwa rockers la katakan!
kalau dia menyanyi lagu Ramli Sarip memang sama.
sebijik!
lepas karaoke,
kami jalan-jalan di downtown Cheras pula.
katanya tak pernah jejakkan kami ke sana.
aku bawa dia makan steamboat.
aku paling suka makan steamboat atas lori.
bermacam-macam jenis steamboat ada.
penuh satu lori tu!
pilih saja yang mana suka.
RM1 secucuk.
aku balik dengan mata dah separuh buka.
tunggu masa nak disorongkan bantal saja!
nota untuk Encik R***l :
terima kasih atas segala kenangan bersama 3 bulan.
saya makin bahagia dengan hidup!
ye, walaupun tanpa kamu.
kamu boleh teruskan hidup dengan dia yang kamu sayang sangat!
Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.