Yang Sayang Aku

Wednesday, August 4, 2010

Kenapa Aku Suka Polis?


kenapa aku suka polis?
kenapa aku jatuh cinta dengan polis?

1. segak.
aku terpengaruh dengan kakak aku
sebab suatu ketika dulu dia kata
dia suka orang yang memakai pakaian seragam.
even dia tak handsome,
bila dia pakai pakaian seragam.
nampak ke'handsome'an dia!



inilah contohnya.
walaupun hanya polis bantuan,
tapi dia segak memakainya.

ups, ini ex aku!

2. berbakti pada negara.
kalau mereka tiada, siapa yang akan menjaga keamanan negara.
contoh paling dekat,
area rumah aku di Taman Midah kurang ada jenayah
sebab mereka sentiasa ada untuk mengawasi keadaan di sini.

3. pernah duduk di kawasan PULAPOL.
ini first time aku 'jatuh hati' dengan polis.
setiap hari,
aku dikejutkan dengan suara polis yang melatih bakal-bakal polis di kawasan kawad.
dan aku suka tengok mereka berbaris dan berkawad.
seragam je gerakan mereka!

4. berdisiplin.
mereka dilatih untuk berdisiplin.
mungkin mereka boleh jadi bapa yang baik untuk anak-anak aku!

5.ex-boyfriend aku seorang polis.
dah 2-3 kali aku bercinta dengan polis.
(polis bantuan tu kira polis juga kan?)
tapi, apakan daya,
jodoh kami tak panjang!



sebenarnya,
apa yang aku nak mention di sini,
kisah aku petang tadi.

masa aku dalam perjalanan balik rumah tadi,
ada seorang polis yang sedang menahan 2 orang mat indon,
tegur aku!
ingatkan dia tahan aku untuk minta IC.
rupanya sambil tunjuk jari ke langit dia cakap,
"cuba tengok tu.awan berbentuk nama ALLAH. subhanallah!"
terdiam aku.

tapi, bila pandang wajah polis tu,
"subhanallah...HANDSOME!!!!"


Umi Abah, Wanie nak kahwin dengan polis tuuuuuuuu!!!




pernah berhajat untuk apply jadi polis,
tapi tak cukup inci,
REJECTED!!!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, August 3, 2010

Kelantan Naib Juara Liga Super 2010.


Kelantan vs T Team.

The Red Warriors yang diketuai oleh Indra Putra Mahyudin
telah bergelar Naib Juara Liga Super 2010
setelah menentang pasukan berstatus kelab iaitu T Team
di Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu.

pemain terbaik untuk perlawanan tadi adalah
Syakir Shaari dari Kelantan.

Kelantan hanya bergelar Naib Juara dan
tewas kepada Selangor selaku Juara Liga Super 2010
dengan perbezaan 4 mata.

Selangor - 63 mata.
Kelantan - 59 mata.

31 Julai lalu,
Selangor menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Shah Alam
dan seterusnya berjaya dinobatkan sebagai Juara Liga Super 2010.




p/s : tergelak dengan kata-kata Syakir Shaari tadi,
"kami cuba menjaringkan gol,
tapi gol tak datang-datang!"





Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.