Yang Sayang Aku

Sunday, February 21, 2010

Bila Tinggal Kami Berdua.

sejak teman-teman yang lain check out dari hostel,
yang tinggal hanya aku dan Syuhada.

junior yang tinggal berdekatan dengan bilik kami
juga awal-awal lagi sudah check out.

bila tinggal hanya kami berdua :

- semua perkara kami buat berdua!

- kami tidur di bilik yang sama.
maksud aku, aku tidur di biliknya.
ni semua gara-gara menonton Hantu Jeruk Purut.
gelakkan aku kerana aku memang penakut!

- tiada lagi kedengaran suara annoying junior
yang terpekik terlolong memanggil teman di bilik lain.

- tiada lagi suara junior yang mengetuk bilik, mahu beli megi.
teringat junior India yang memanggil kami "adik".
tiba-tiba terasa muda pula!

- tandas menjadi milik kami berdua sepenuhnya!


sabarlah Syuhada sayang.
hari kita berdua pasti akan tiba!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Kenangan Makan-Makan Dengan Mereka.

semester akhir aku di Multimedia College ni
aku rasa banyak kenangan terindah
dengan teman-teman
apabila makan bersama.

aku makan dekat HR Steak House ni 3 kali.
2 kali bersama 'Affan dan Syuhada.
dan 1 kali dengan Kamarul.

makan di Restoran Kapal.
meraikan kejayaan Tqa menjual
Creative Clay di Rantai.Art Event
di Red Bungalow.

terima kasih belanja kami makan.
kalau tak,
kami mungkin takkan merasa makan di sini.


ni pula makanan
bila kami terpaksa stay up untuk
siapkan final project.

makan di Restoran Dulang di Kampung Baru.

belanja orang yang banyak tolong kami
dalam coding PHP.
mereka berdua adalah
Encik Ameerul (berbaju maroon belang)
dan Encik Nizam (berbaju kelabu, bercermin mata).

ni lah yang aku makan.
dan aku rindu untuk makan ini lagi.

aku mula suka dengan Yong Tau Foo.
ni semua gara-gara Kamarul yang bawa
aku makan dekat gerai
depan Maybank Ampang Park.

BIG APPLE!
Puan Mimi Zalina belanja kami.

(tiba-tiba rindukan Along sebab
dia yang selalu belanja aku)




tapi bila tiada duit untuk makan,
ni lah makanan aku.
kadang-kadang sampai seminggu makan ni.


syukur dengan nikmat-Nya!


last makan-makan dengan mereka.

di kedai makan favourite kami.
di Kedai Olan.
di depan kolej.
di waktu petang.

rindu untuk makan dengan kamu semua.



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.