Yang Sayang Aku

Saturday, August 7, 2010

Kisah Baju Uniform Baru Dan Aktiviti Bulanan Kami.

hari Jumaat semalam,
buat pertama kalinya aku memakai uniform kerja.
maklumlah,
selama ni asyik pakai kemeja putih.


memang setiap hari Jumaat,
semua management staff akan memakai team shirt ni.

yang bestnya,
ini adalah design terbaru.
kira macam baju aku lebih putih dari senior staff la.

tapi yang tak berapa best,
di sebelah kiri baju ada logo berbentuk bulat.
tak pasti samada logo company atau logo apa.
selama aku kerja,
mana ada pernah nampak logo bulat macam tu!

senior staff kata baju aku macam budak sekolah.
sebab ada logo bulat tu!
dari pagi sampailah waktu balik,
asyik digelakkan oleh senior staff.

takpe, anggap saja mereka dengki dengan baju aku!

tak nampak pula logo tu!


aku baru bersama mereka selama 3 bulan.
tapi,
kami sudah ada aktiviti bulanan yang kami pasti akan lakukan
sekurang-kurangnya 2 kali sebulan.

masa yang diluangkan untuk melakukan aktiviti ni
biasanya 2 jam saja.
lokasi aktiviti ni pun sama saja iaitu
di Bandar Tasik Permaisuri.



inilah aktiviti kami.
karaoke!
Akmal, Wanie dan Yun.

Akmal - dia paling suka lagu Hujan. budak indie la ni!
sekarang tengah belajar menyanyi lagu lama.
suka duet dengan aku lagu 'Seiring dan Sejalan'.
tapi dia dah ada girlfriend.
harap girlfriend dia tak marah la kalau tahu ni!

Wanie - aku suka lagu lama. rock dulu-dulu! XPDC, Search, Wings.
jarang aku menyanyikan lagu perempuan
kecuali lagu 'Ziana Zain - Anggapanmu', 'Ella - Sembilu'
dan 'Elly Mazlein - Bungaku Bakawali'.

Yun - dia ni serba boleh! lagu lama. lagu tak berapa lama.
tapi lagu wajib dia, 'New Boys - Sejarah Mungkin Berulang'.
high key bagi dia macam small the pieces je.
lagu duet favourite kami ialah 'Ella & Awie - Baldu Biru'.



ok, dah ready nak menyanyi!

(no video of three of us due to problem in uploading video.)

aku fed up betul!
upload video berjam-jam tapi still tiada kesudahan.

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

5 comments:

fndrocka said...

Fendi-lagu balada boleh..rock boleh...rap boleh..omputeh ble..pop rok boleh...tapi nak nyanyi sedap tak berapa boleh

fndrocka said...

Fendi-lagu balada boleh..rock boleh...rap boleh..omputeh ble..pop rok boleh...tapi nak nyanyi sedap tak berapa boleh

enuLwanie said...

fendi tu fndrocka ke? : ala..nyanyi je.klu suara kita best.dh lama kita jd artis.layan je la..jom karaoke same2 nk?

Mohd Hazri said...

aku rasa aku ada bakat terpadam. kalau nanyi sure ko cair. bukan sedap tapi cair sebab tak tahan dengar

enuLwanie said...

hazri : bakat terpadam ek?kira ko ni same la dgn kes si akmal ni.
mmg cair.....taik telinga aku!
hahahaha..gurau je..