Yang Sayang Aku

Monday, November 30, 2009

November Rain.

bila hujan selalu turun di kampung aku ni,
aku mula teringat lagu dari band Gun N Roses.
aku meminati band ni masa aku mula rapat dengan si dia dulu.
dia pernah dedikasikan lagu 'Don't Cry' pada aku kerana muziknya yang slow.

oleh kerana bulan November bakal berakhir dalam beberapa jam lagi,
mari la kita menghayati lirik ni.


NOVEMBER RAIN

When I look into your eyes

I can see a love restrained
But darlin' when I hold you
Don't you know I feel the same
'Cause nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain
We've been through this such a long long time
Just tryin' to kill the pain
But lovers always come and lovers always go
An no one's really sure who's lettin' go today
Walking away
If we could take the time to lay it on the line
I could rest my head
Just knowin' that you were mine
All mine
So if you want to love me
then darlin' don't refrain
Or I'll just end up walkin'
In the cold November rain

Do you need some time...on your own
Do you need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone
I know it's hard to keep an open heart
When even friends seem out to harm you
But if you could heal a broken heart
Wouldn't time be out to charm you

Sometimes I need some time...on my
own Sometimes I need some time...all alone
Everybody needs some time...on their own
Don't you know you need some time...all alone

And when your fears subside
And shadows still remain, ohhh yeahhh
I know that you can love me
When there's no one left to blame
So never mind the darkness
We still can find a way
'Cause nothin' lasts forever
Even cold November rain

Don't ya think that you need somebody
Don't ya think that you need someone
Everybody needs somebody
You're not the only one
You're not the only one





p/s : rindu dia.

moga dia bahagia dengan awek dia sekarang!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Rambut Dah Pendek!

hari ni aku sangat bersemangat.
bangun awal dari biasa sebab nak minta adik aku potong rambut aku.
sebelum ni, rambut aku paras pinggang.
aku dah simpan rambut ni selama hampir setahun.

sebenarnya, sayang sangat nak potong sebab
kali ni rambut aku takde masalah seperti sebelum ni
iaitu rambut bercabang dan rambut berbuah.

tapi kali ni nekad nak potong juga sebab rasa berat je kepala ni
menanggung rambut yang panjang.
kalau bangun tidur, rambut jadi serabai.
kalah Mak Lampir!
rasanya dia pun lari tengok aku!
kalau aku pakai tudung,
nampak bonggol kat belakang.
macam rimas plak!

so, sekarang aku rasa ringan sangat.
telinga ni rasa luas je pendengaran.
rasa berangin je kepala!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, November 29, 2009

'Dating' Dengan Kat Di KB Mall.

pagi tadi,
aku keluar dating dengan best friend
aku, Katherine a.k.a Kat di KB Mall
setelah beberapa tahun tak berjumpa
gara-gara sibuk dengan study dan cuti semester yang tak sama.

jangan terpedaya dengan namanya.
dia adalah gadis Melayu.
cuma parents bagi dia nama macam mat saleh
sebab arwah ayahnya dulu study di oversea.

kami keluar bukan berdua saja, tapi berempat
iaitu dengan Adrina dan adiknya.
dating kami dimulakan dengan acara makan mengadap, bukan makan beradab.
mereka makan Nasi Goreng Paprik dan aku sorang je makan Mee Bandung Muar.
perasan nak jadi orang Johor la ni!

minuman mereka hanyalah air jagung
tapi aku punyalah special sebab letak aiskrim.
bak kata Kat, "camne la Enul tak gemuk!"
tapi ada aku kisah?
redah je!

Mee Bandung Muar.
Kat kata kuah dia macam kuah sardin.
tapi aku rasa sedap je!
perut dah lapar sangat la katakan.



bila perut kami sudah terisi,
kami mula memulakan agenda seterusnya
iaitu shopping!

kesian Adrina.
nampak gigi je!
memang aku tak pandai snap dari depan.

tapi ditebus dengan gambar ni.
jangan ditanya kenapa tiba-tiba mataku jadi sepet?

Kat memang gila-gila orangnya.
kebetulan, matching pula skirt tu dengan dia!

inilah best friend aku masa form 6 di Maktab Sultan Ismail.
nama penuhnya,
Wan Katherine Farhana bt Che Othman.
dia meneruskan degreenya di Universiti Malaysia Sabah
dalam jurusan Mekatronik.


dulu, masa di SMK Zainab (1),
aku tak pernah rapat dengan dia
sebab dia di kelas yang berlainan.
dia ambil Pure Science dan aku ambil Technical Science.

bila masuk form 6 dan dalam kelas yang sama,
barulah aku tahu yang dia ni memang otak gila-gila dan terlalu peramah!
senang diajak berbual dan takde rasa segan.
sebab tu dia ada ramai kawan dan peminat!


p/s : aku nak tunggu Kat kahwin dengan orang Sabah!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Acara Makan 'Beef Steak' Berjemaah.

atas cadangan Abang Long semalam,
berlakulah peristiwa membakar daging untuk dijadikan
western food iaitu beef steak.

malas nak bebel panjang.
biarlah gambar-gambar yang menceritakan segalanya.


home-made beef steak!

ni lah Along kesayangan aku!

khusyuk Amee dan Abah main dam haji.

Abang Long tengah membakar.
malu dia bila tahu aku candid gambar dia.

last-last tinggal aku dan Umi je yang membakar.
semua dah kenyang makan, terus blah!
kurang asam betul adik-adikku...




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Suka Sangat Lagu Ni.

LAYU DI HUJUNG MEKAR

Haruskah ku Terus Melayani Perasaan
Meski Pun ku Tahu itu Hanyalah Khayalan

Cintaku Padamu Haruskah aku Teruskan
Kerana ku Tahu Dirimu Sudah Berteman

Tiada Ertinya
Apakah Akhirnya Percintaan

Pohon Cinta Yang Dulu Mekar Berbunga
Kini Tandus Tiada Bermaya
Bunga Cinta Yang Dulu Mekar Mewangi
Kini Layu Di Pusara Bumi



lagu ni mula-mula aku dengar kat Sinar.fm terus 'menangkap' kat telinga aku.
lagu ni setiap hari mereka putarkan kat radio.
minggu lepas, dalam carta duk ranking ke-30.
tak pasti sama ada baru masuk ataupun dah takde undian.

lirik dia simple je.

lagu ni tak related dengan ceritera hidup aku pun.


tapi aku suka sangat-sangat lagu ni sekarang!
dengar banyak kali pun tak puas.


p/s : siapa lagi yang suka lagu ni?




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, November 28, 2009

Kami Ke Wakaf Che Yeh.

semalam,
buat kali pertamanya aku dan adik-beradikku ke pasar Wakaf Che Yeh
yang ala-ala uptown Danau Kota.

aku rasa ni la kali pertama seluruh adik beradik aku keluar hang out bersama.
maklum la semua orang sibuk dan duduk jauh.

yang banyak memborong Along dan Abang Yo.
kami yang muda-muda ni sekadar window shopping je.

alang-alang ke sana,
aku pun teringin la nak membeli selipar
sebab selipar aku kebetulan pula putus masa nak balik kampung.
tapi satu pun takde yang aku berkenan!


terserlah kependekan aku bila posing dengan Mardiyyah.
yes, i'm the shortest in my siblings.
can't deny it!

tengok la pasangan bahagia.
cuba tengok perut Abang Yo.
masa ni aku confuse,
Kak Fifie yang pregnant tapi Abang Yo yang buncet lebih!

macam biasa la.
nampak camera on,
semua pakat nak menyelit!
Along geleng kepala je tengok kami.

cuba teka apa yang kami pandang?

(boleh buat contest ni!)


tengah berjalan balik.

masa ni, Abang Yo dan Kak Fifie masih memborong.
terpaksalah menunggu hampir setengah jam.

p/s : takde gambar Along dan Abang Long sebab mereka sakan memborong!



jom makan home-made beef steak!




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Friday, November 27, 2009

Pulangnya Kami Di Malam Raya.

ye, aku kembali untuk melaporkan tentang
kepulangan yang dinantikan oleh anak perantauan Kelantan ni.
semalam, aku pulang dengan Abang Yo dan isterinya, Kak Fifie.
sebelum pulang, jadual kami memang padat.

pagi tu, aku pergi follow up kat HTAR Kelang.
orang ramai sangat sebab dah tak ramai kakitangan hospital yang masih bekerja
tapi pesakit yang datang bagaikan esok sudah tiada harapan.
maaf, metafora yang agak bangang!
nasib baik, Abang Yo doktor kat situ.
proses dapat dipercepatkan.
tu pun, tengahari baru siap semua prosedur.

lepas tu, hantar saudara kami dari Selayang ke KLIA untuk menjemput emaknya dari Indonesia.
jalan ke Selayang tak payah cerita la. memang jammed!
first time aku pergi ke KLIA.
jauh yang amat!
pukul 2 petang, jemput Kak Fifie pulang dari kerja
dan bawa dia pergi follow up untuk pregnancy test.

Mercedes Benz C230 milik Abang Yo.


malam tu, kami bertolak agak lewat dengan harapan kenderaan dah tak banyak
dan jalan pun dah tak jammed.
tapi sangkaan kami tersangatlah meleset!
jalan jammed sepanjang highway MRR2.
bila masuk highway Karak, lagi la jammed!
sepanjang highway tu, kenderaan memang tak putus putus.
boleh dikatakan 80% kenderaan menghala ke Kelantan.
setiap R & R parking penuh sampai ada yang parking kat luar.


yang best, bila masuk jalan di Bentong,
boleh dikatakan semua kenderaan menghala ke Kelantan.
jalan bertentangan memang lengang.
so, kami conquer kedua-dua jalan.
potong memotong memang amalan mulia bagi kami masa ni.


Abang Yo drive kereta dalam 120km/j.
banyak masa dihabiskan untuk memotong kenderaan yang slow.
memang aku suka perjalanan yang adventure.
tapi, kesian Kak Fifie!
dia asyik takut dengan cara pemanduan Abang Yo.
ye la, dah la berbadan dua.
Abang Yo pula bawa macam pelesit kota.

video


dari Gua Musang,
kami mengekori sebuah Produa Kembara yang asyik memotong dan selalu berada di
opposite lane.
memang laju sangat-sangat Kembara tu!
bayangkan,
Merc Abang Yo pun boleh jauh tertinggal kat belakang.
tapi 2 kali je Abang Yo sempat potong Kembara tu.
aku berharap je biar Kembara tu terus ke Kota Bharu.
tapi rupanya rumah dia kat
area Machang je.

kami teruskan perjalanan sampai ke destinasi kami.
kami tiba di rumah dalam pukul 6.oo pagi.

masa ni takbir raya sudah bergema.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Aku Kembali Ke Sini.

YES,
AKU DAPAT ONLINE KAT KAMPUNG AKU!

nanti aku akan update ceritera hidup aku ni nanti.
sekarang nak
makan nasi dagang ala-ala Terengganu yang Umi aku masak.
sedap dan terbaik!
aku request menu ni dari Raya Puasa hari tu lagi.
siapa nak join?
meh datang beraya kat rumah aku kat Jalan Telipot ni.

jen, hisham dan ghostone.
jemput la beraya di rumah.
kalau ada blogger yang duk Kota Bharu,
pakat-pakat la maghi dumoh kawe.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Wednesday, November 25, 2009

Mungkin Ini Yang Terakhir Dariku.

satu persatu teman-temanku sudah balik.

mula-mula, Syuhada.balik Johor Bahru dari Pudu.
lepas tu, Kak Ema. mungkin baru bertolak dari Sentul ke Kuala Muda.
kemudian, Suhaila. balik Selayang.
tak lama selepas tu, Emilia. balik AU2 Keramat dengan Kancil Miranya.
disusuli Tqa. balik Pandan Mewah.

sekarang yang tinggal hanya aku dan Busyra.
abang kami akan menjemput kami malam ni.

mungkin lepas ni, aku akan jarang update blog ni.
kalau aku dapat guna broadband milik kakak iparku di Cheras,
kalau aku dapat guna broadband streamyx di kampungku atau
kalau aku punya masa untuk berwifi di KFC di Tesco Kota Bharu,
baru kalian akan nampak aku dalam 'All Blog Updates' di Dashboard blog kalian.

bak kata fhad,
kalian bukan follower aku.
tapi kalianlah teman terbaikku.
bila aku ada masalah,
kalian ada untuk menasihatiku.

kalian,
maafkan segala kekuranganku.
sejak akhir-akhir ni, aku rasa macam jadi seorang loser!
serious!!



kepada Adam,
aku tak mampu untuk menjadi sebahagian dari hidupmu.
dan aku rasa tak layak untuk kamu.
rayuanmu hanyalah sia-sia.
kembalilah ke pangkuan Anis.
dia lebih menyayangimu.






SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!
aku rindu nak makan rendang daging dan sup tulang dengan Abah.


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Aku Tak Sudi Lagi.

BUKAN KU TAK SUDI

Ku anggapkan semalam
Satu kenangan yang suram
Bila cinta kita
Putus di jalan

Ku harapkan impian
Menjadi kenyataan
Namun aku kecewa

Mudahnya waktu melafazkan janji
Engkau dan aku berdua serupa
Rupanya mentari dalam mainan percintaan

Telahpun ku bentangkan segalanya
Mencari entah di mana silapnya
Jelas asmara kecundang jua

Bukan ku tak sudi kasih
Untuk bersamamu bercinta lagi
Kerna antara kita
Tidak sehaluan lagi

Maafkan diriku sayang
Menolak cintamu untuk kali ini
Walaupun ku tahu
Bersungguh benar rasa hatimu


cukuplah segala peluang yang telah banyak aku berikan.
kau telah pun mensia-siakan cinta kita.
maaf, kali ni aku betul-betul tak dapat bertahan lagi!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

'Happy' Sangat!

HARI NI AKU HAPPY SANGAT SANGAT!!!

kenapa aku happy sangat hari ni?
ada banyak sebab.

pertama,
aku dah takde kelas minggu ni.
so, lepas buat follow up kat hospital
aku boleh balik kampung dan makan daging korban seminggu!

kedua,
hari ni aku betul betul bebas dari ikatan cinta dengan seorang lelaki.
mungkin hubungan kami masih mentah,
mungkin kami sendiri yang masih mentah,
tapi biarlah takdir menentukan segala-galanya!

ketiga,
semalam aku dapat tidur lena sangat!
balik dari jumpa cik cumey, jen dan azrul hisham kat McDonald's Titiwangsa,
basuh-basuh muka, peluk bantal besar,
then, zzzZZZZZZZZ!

keempat,
semalam aku luahkan apa yang terpendam dalam kepala aku kat Busyra.
dan tak sangka rupa-rupanya kami memikirkan benda yang sama.
kami nak jual maggi kat bilik!

kelima,
ada lagi ke?
dah takde kot!



p/s : nak basuh baju.
then, packing untuk balik rumah Abang Yo kat Cheras.
upsss,
lepas ni nak pergi survey harga maggi kat Carrefour Wangsa Maju.
kalau jumpa, tegurlah ye!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Tuesday, November 24, 2009

Baru Siap!

"hhhhmmmmmmm"
tu tanda aku tengah geliat.
baru saja siapkan tutorial 3D Animation untuk dihantar dalam kelas petang esok.

nampak macam satu set PC tak?
cuma miss mousenya.
cincai-cincai je buat!

ni la tutorial yang diberi tempoh seminggu untuk disiapkan.
tapi aku buat dalam masa beberapa jam saja.
start pukul 8 malam tadi.
tu pun stop kejap sebab nak dinner dengan Ikhlas dan Hafiz.
sambung buat dalam pukul 10 sampai sekarang iaitu pukul 2.30 pagi.

sekarang masih ada masa sikit untuk blogwalking.
then, iron baju kurung untuk pakai pagi esok untuk kelas Data Comm.
then, get ready to sleep!

Selamat Pagi Kepada Seantero Dunia.
Moga Hari Esok Lebih Baik Untuk Diriku Dari Semalam!



Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Jawapan Quiz Melz.

Entri ni adalah jawapan kepada Quiz Melz anjuran blogger Melz.

Blog Melz Best kerana mempunyai menu bar yang unik dan kepelbagaian segmen, justeru menarik untuk dikunjungi.

dan

Blog Melz Tak Best Kerana mempunyai loading time yang terlampau lama dan kadang-kadang boleh buat saya give up.




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Monday, November 23, 2009

Creative The Clay Mengganas!

tengok pada tajuk entri ni bukan main lagi!
padahal aku cuma nak tunjuk clay keychain yang ditempah oleh adik-adik aku dan Busyra.
Tqa a.k.a Agnes Monica kami telah menyiapkan 4 keychain dan 1 rantai.

dan inilah hasilnya.

ni couple keychain yang ditempah adik aku, Mardiyyah.
untuk dia dan pakwenya.
*gatal budak ni! exam SPM tak habis lagi, menggatal je lebih!*

harga : RM3.00


ni pula keychain yang ditempah Busyra.
untuk anak saudaranya, Uzeir dan Jalal yang cemerlang dalam UPSR baru-baru ni.

harga : RM2.00



rantai Achik masih belum siap.
masih mencari tali yang sesuai.
sabar ye Chik....




Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Sunday, November 22, 2009

Bila Aku Nak Try Drive Kereta.?

hari ni aku lunch dengan Syuhada dan ditemani si comelnya, 'Affan
di Restoran Ali Maju.
aku ambil gulai daging sebagai lauk.
aku ingatkan daging lembu.
rupanya daging kambing!
redah je la makan.

aku takde pantang pun bab-bab makan ni.
cuma sampai sekarang aku tak boleh nak kata tempe tu sedap.
dah try makan tapi lidah tetap tak boleh terima.
tempoyak aku boleh je telan walaupun senior aku, Epul
pernah cerita tempoyak tu sebenarnya isi durian yang dah busuk dan berulat.
tapi aku tetap suka.
sama macam budu.
aku tetap telan walaupun orang kata lagi lama peram, lagi sedap!

lepas makan,
Syuhada kata nak try belajar drive kereta.
'Affan bawa la kami ke Taman Tasik Titiwangsa.
kat sana, jalan lengang sikit.
kami memulakan sesi pembelajaran di depan bangunan TM.
Syuhada bawa dari mula sampai hujung jalan.
dah cekap sikit, Syuhada mula masuk area perumahan.

ni baru kereta Kelisa auto.
nanti 'Affan nak suruh Syuhada bawa kereta Saganya yang manual.

best pulak!
tengok Syuhada belajar driving dan
kesabaran 'Affan sebagai cikgu memandu,
rasa tak sabar nak belajar memandu dan ambil lesen kereta!


budak kecik yang nak belajar driving.

cikgu 'Affan.
"brek brek brek!"
ni je ayat yang selalu dia sebut.

nervous ye Syu.
menggigil kaki sampai 'Affan perasan!

"tarik sampai 'D' lepas tu tekan hand break."

gaya seorang beginner driver!



p/s : bila la ada can aku nak bawa kereta Waja Abah?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Saturday, November 21, 2009

Hidangan Malam Ni.


ni la makanan aku dan Syuhada malam ni.
terima kasih pada 'Affan, si comel Syuhada kerana belanja kami makan.

Syuhada demam.
'Affan concern sangat kat Syuhada.
Syuhada tak larat nak beli makanan kat kedai makan depan kolej.
lalu, 'Affan pun bawa la makanan untuk Syuhada.

best kan kalau ada orang take care kat kita?

agaknya siapa la mahu take care and concern kat aku ni?





THANKS 'AFFAN
SEBAB BELANJA KAMI!

Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.

Si Comel dan Si Hitam.

seronok baru balik dari makan tengahari.
akhirnya dapat juga makan nasi setelah 2 hari berlapar.
aku bukan nak cerita pasal kebuluran aku ni.
korang pun rasanya dah tahu tentang kewangan aku yang sekejap je stabil
dan lepas tu jatuh merudum balik.

yang aku nak cerita tentang anak kucing yang aku jumpa.
anak kucing tu tidur di bawah kerusi aku.
mulanya aku biarkan sebab tak nak bagi dia terbangun.
comel sangat!
bulu dia warna putih dan hitam.
geram nak jadikan dia pet aku!
tapi confirm kena sumpah tujuh keturunan dengan warden asrama kolej aku.

sementara tunggu Syuhada habis makan,
tunggu juga si Comel ni bangun.
bila dia dah mula bangun,
aku happy sangat sebab memang aku tunggu nak manja-manja dengan dia.
lepas tu, datang pula seekor lagi anak kucing berwarna hitam.
jealous kot tengok aku manja-manja dengan Si Comel!
tapi tak boleh nak bermesra lama-lama dengan mereka berdua ni
sebab Busyra kena balik Kajang.

so, aku snap la gambar si Comel dan Si Hitam.






ni la Si Comel dan Si Hitam.


nanti bila aku ada duit lebih sikit,
aku nak bagi mereka ni makan Whiskas.
kat 7 Eleven murah je kot.
hari tu ada tertengok harganya.
rasanya RM1.20 je!


kalau adik-adik aku tengok Si Comel dan Si Hitam ni,
mesti mereka geram.
silap-silap terus bawa balik rumah.
tapi Achik ada beritahu aku,
Abah letak Hitam dan Oren kat Pasar Wakaf Che Yeh.
apalah salah mereka...?


p/s : Si Tedi pun mesti geram kan?


Sukakan entri ini? Apalagi, jangan malu-malu tekan butang Like.